I LOVE YOU

Mac 28, 2008 at 5:53 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

“I LOVE U… I MISS U… AKU CINTA PADAMU…
Message: I LOVE U… I MISS U… AKU CINTA PADAMU…

Inilah sebahagian drp ungkapan asmara yg
sering dituturkan mereka yg sedang ‘mabuk
cinta’. CINTA, ia mmg mudah diucap, ttp adakah
kita semua jelas dan memahami akan makna
disebaliknya? Saya percaya, tentu ramai yg
ragu2 serta berteka-teki dlm permasalahan utk
membabitkan diri dlm perkara ini.

Cinta sebenarnya adalah ‘MAHABBAH’ yg
bermaksud perasaan kasih sayang yang sukar
diterjemahkan. Cinta merupakan satu gelodak
rasa dan emosi yg lahir drp hati nurani yg luhur
dan suci. Tidak boleh dipaksa serta dibeli dgn
wang ringgit.

Berbalik kpd ‘MAHABBAH’ tadi, secara khusus ia
adalah suatu kecintaan padu yg sepatutnya
hanya tertumpu utk ALLAH SWT. Dalam
tasawuf, ‘MAHABBAH’ beerti patuh kpd ALLAH
dan membenci perbuatan yg menyalahi
perintahNya.

Ttg cinta-mencintai ini, ALLAH berfirman dlm Al-
Quran /B>

“… ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yg
ALLAH cintai mereka dan mereka pun
mencintaiNya… ” Al-Maidah, ayat 54

” Jika kamu benar2 mencintai ALLAH, ikutilah
Aku, nescaya ALLAH mengasihi dan
mengampuni dosamu… ” Al-Imran, ayat 31

Ternyata, walau mcmana sekalipun, cinta
terhadap ALLAH sepatutnya didahulukan. Ini
kerana, apabila kita mengetahui hakikat
ketuhanan yg sebenarnya,InsyaAllah kita dpt
membezakan yg mana intan dan yg mana kaca.
Falsafah ada menyatakan, ‘Cintai diri sendiri,
sebelum memberi cinta pada org lain’

Tentu anda pernah mendengar nama Rabi’atul
Adawiyah, seorg wali wanita yg hidup atr 95 –
185 hijrah. Cinta Rabi’atul padaNya merupakan
cinta suci, murni dan sempurna menyebabkan
beliau korbankan hidupnya semata-mata utk
beribadat kpd ALLAH SWT.

Saudara dan saudari, apakah definisi cinta pd
pandangan anda

Adakah bercumbu-cumbuan dan berpeluk-
pelukan di khalayak tandanya cinta

Atau…

adakah dgn ucapan romantis serta
berpegangan tgn akan terasa nikmatnya cinta
mahupun sbg bukti kasih sayang yg kononnya
cinta suci

Jelas suatu pendustaan sekiranya seorg lelaki
berkata dia benar2 mencintai seorg perempuan
sdgkan pada masa yg sama mencemarkan
maruah, kesucian dan iman temannya. Diakah
yg diharapkan menjadi teman melayari bahtera
kehidupan utk sama2 mendarat di p[ulau
impian

Lelaki yg benar2 mencintai pasangannya tidak
akan mencemarkan kekasihnya walau sekadar
bersentuhan sbg bukti cinta. AWAS!!! Semua
perlakuan itu adalah hasutan nafsu godaan
SYAITAN…

Secara jujur, seorg lelaki yg sememangnya
jatuh cinta terhadap seorg perempuan yg
diminatinya akan menunjukkan sikap, sifat
serta penampilan yg meyakinkan insan yg
dicintainya. Tetapi, berhati-hatilah krn sesetgh
drp sikap yg penuh sopan santun itu,
kekadang penuh pula dgn kepura-puraan.

INGATLAH!!! Cinta yg murni bukanlah cinta
sang monyet, cinta yg melompat-lompat dan
begitu rapuh… Ia juga bukan spt cinta atr
‘Romeo dan Juliet’, mahupun cinta ‘Laila dan
Majnun’…

Tetapi, nikmat cinta itu lahir spt cintya
Rasulullah dgn Khadijah Aisyah serta Saidina Ali
dgn Fatimah.

Jgnlah terlalu terburu2 merebut cinta murahan
yg berkeliaran krn ia bakal menjadi virus
perosak kpd kehidupan yg penuh peradaban.

Wahai REMAJA…

Serahkanlah cintamu pada yang SATU. Tentu
kamu juga pernah atau sdg dilamun cinta,
namun bukan bermakna blh berkorban jiwa
dan raga. CINTAILAH ALLAH SWT MELEBIHI
SEGALA-GALANYA KERANA CINTA YG ABADI DAN
HAKIKI PASTI AKAN BERBALAS DGN PELBAGAI
NIKMAT YG TIDAK TERHITUNG… InsyaAllah…

Tinggalkan Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: