malu…

Mac 22, 2008 at 3:42 am | Dikirim dalam Uncategorized | 2 Komen

SIFAT malu adalah perhiasan kehidupan yang layak untuk mengangkat
diri manusia ke makam kemuliaan serta menghasilkan kebaikan dalam
segenap aspek kehidupan.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sifat malu itu akan
menghasilkan kebaikan”. (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Malu juga bersifat memelihara yang menjadi benteng bagi menghalang
seseorang daripada terdedah kepada kekurangan atau keaiban yang ada
pada dirinya daripada pandangan orang lain.

Ia dapat menghalang seseorang melakukan dosa sama ada ia dilakukan
secara terang-terangan atau secara sembunyi dan melenyapkan
keinginan untuk melakukan perkara maksiat kepada Allah SWT.

Perasaan malu juga bersifat membetulkan perhubungan terhadap Allah
SWT dan sesama manusia.

Apabila hendak melakukan solat, kita diwajibkan menutup aurat iaitu
berpakaian yang sesuai dan kemas untuk mengadap Allah SWT.

Rasulullah SAW menyatakan kelebihan tiga orang sahabat baginda,
Saidina Abu Bakar seorang amat belas kasihan, Umar seorang yang amat
keras perkataan dan tindakannya dan Saidina Usman seorang yang amat
pemalu.

Suatu peristiwa yang dinaqalkan oleh Syed Ahmad Semait dalam buku
susunannya Sepuluh Yang Dijamin Masuk Syurga, menyatakan pada suatu
hari, tatkala Rasulullah SAW sedang baring berehat di rumahnya, kain
baginda terselak sehingga menampakkan betisnya.

Saidina Abu Bakar datang untuk menemui Rasulullah dan meminta
kebenaran dan diberi keizinan oleh Rasulullah sedangkan keadaan
Rasulullah masih seperti sebelumnya.

Kemudian Umar pula datang dan meminta kebenaran untuk menemui
baginda dan diberi keizinan padahal keadaan Rasulullah SAW masih
tetap dalam keadaan yang sama seperti kedatangan Saidina Abu Bakar.

Apabila datang Saidina Usman, beliau pun memohon keizinan untuk
menemui baginda, baginda lantas segera bangun dan memperbetulkan
kainnya yang terselak tadi sebelum memberi keizinan Usman masuk.

Peristiwa berkenaan diperhatikan Saidatina Aisyah yang tertanya-
tanya di dalam hatinya, mengapa Rasulullah SAW begitu malu kepada
Usman, dan tidak kepada Abu Bakar dan Umar.

Beliau pun bertanya kepada Rasulullah mengenai perkara itu dan
jawapan baginda: “Bagaimana aku tidak malu kepada manusia itu
(Usman), sedang Malaikat sendiri pun malu kepadanya!. Wahai Aisyah!
Sesungguhnya Usman itu adalah seorang yang sangat pemalu. Kalau aku
benarkan dia masuk, dan dia melihat aku sedangkan pakaianku tidak
terurus, nescaya dia akan malu masuk dan tentulah dia akan kembali
tanpa dapat menunaikan keperluannya yang ia datang kerananya. Wahai
Aisyah! Apakah aku tidak patut malu kepada orang yang Malaikat malu
kepadanya!.

2 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

  1. btol2…tapi malu 2 biarlh bertempat..jgn sampai malu 2 mnjatuhkan diri sndiri&mrendahkn martabat kiter…akak pun pmalu gak..hehehe

  2. MALU ITU SEPARUH DRPD IMAN..Salam ukhwah…ILA LIQA’ MA’AL SALAMAH…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: