MUSLIMAH…

Mac 12, 2008 at 3:30 am | Dikirim dalam Uncategorized | 1 Komen
Subject: Rahmat menjadi Wanita ISLAM

> Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau bertunang serta yang
tiada sebarang hubungan, harap sampaikanlah artikel ini kpd para
wanita……

> 1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

> 2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

> 3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki
yang jahat.

> 4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada
80
> rakaat solat wanita yang tidak hamil.

> 5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya
(susu
> badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.

> 6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di
dalam
> keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

> 7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa
kerana
> menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan
20
> orang hamba.

> 8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang
melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan
penuh
> rahmat.

> 9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah
> dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun
lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan
bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu
suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

> 10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak
yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila
dia
> hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

> 11. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan
didoakan
> oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

> 12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah”, Allah akan
berkatkan rezekinya.

> 13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala
seperti meyapu lantai di baitullah.

> 14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia
suka.

> 15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

> 16 Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

> 17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa
> dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

> 18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
akan
> dikira sebagai mati syahid.

> 19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12
tahun solat.

> 20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh
> (2 1/2 tahun),
> maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa
syurga
> wajib baginya.

> 21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

> 22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7
tola
> emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala
tola perak.

> 23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan
memasuki
> syurga.

> 24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat
pahala
> 80 tahun ibadat.

> 25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,
tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya
> iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

> Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.
Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?
Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum
keluarga
> kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu
belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada
> kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah
Syurga dan bukannya Neraka.

> Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan
jalan
> kita bertemu Izrail.

> Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab
dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika
berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam
mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau
potong
> daging kat pasar tu yang tumpul.

> Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung
kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika
kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam
> tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan,
etc….

> Dipetik daripada Bayan Mastura Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.

> Hadis nabi mengenai wanita.

> Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang
yang
> lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal
tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa
orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
>
> Wallahua’lam..
> ……………………………………………………
> ………

> Nilai Seorang wanita solehah

> Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai
kelebihan wanita solehah, mudah – mudahan dengan membaca dan
menghayati
> hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam
dalam erti kata yang sebenarnya.
> Insya – ALLAH.

> “Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat – empat jenis ini beerti
dia telah memperolehi sebaik – baik dunia dan akhirat. Iaitu hati
yang
> selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu
sabar
> dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya”.

> Ath-Thabrani.

> “Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH
akan sebaik – baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah.
Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada
isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah
memarahi
> isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan
jika
> suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya”.

> Ibnu-majah.

> “Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik,
mungkin
> paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana
hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman.
Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang
hitam
> yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik”

> Ibnu – Majah.

1 Komen »

Suapan RSS untuk komen-komen bagi kiriman ini. TrackBack URI

  1. salam izzat…tenang hati orang tengok blog izzat ni. entries nye pun sangat informative especially in islamic content. teruskan usaha murni ini!!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.

%d bloggers like this: