BERTEMU KEMBALI

Februari 26, 2009 at 3:28 pm | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

ALHAMDULILLAH….SELAWAT DAN SALAM KU LAFAZKAN…MOGA HIDUP INI DIBERKATI ALLAH SELALU…

sudah lame ana tak menulis didalam blog ini…..mugkin kerana tiada masa atau ana sendiri tidak ada idea untuk menulis….

semakin hari semakin ana banyak belajar tentang hidup ini yang banyak memerlukan kita sabar,tabah,bertoleransi,bekerjasama dan yang paling penting beribadah….dengan ibadah iman kita akan bertambah kuat…dengan beribadah hati menjadi tenang, dengan beribadah hati merasa lapang, dengan ibadah bertambahlah cinta kita kepada ALLAH, dengan beribadah kita mendekaktkan diri kita dengan ALLAH…..

Tentang perasaan pula didalam hidup ini perlu banyak kita dapat suka, ketawa, ceria, sedih, kecewa, menangis, geram, cemburu dan lain  lagi…tetapi ia boleh di tapis supaya perasaan itu tidak keterlaluan dibawakan…iaiatu dengan mendekatkan diri kepada ALLAH….

Saban hari kite semakin belajar dan saban hari juga kita makin perlu memperatikkan ilmu agama yang lkita pelajari supaya kita tidaka tersasar….

semakin lama hidup kita ini semakin berubah. semakin maju, semakim ke arah hiburan…maka siapa lagi yang perlu membantu kepada mereka yang perlu dibantu…maka kita lah pelajar yang mempunyai ilmu agama…

cinta…..bila dikatakan cinta banyak yang merosakkan…dan ade juga tidak merosakkan…jatuh atau bangun maka itu diatas kesedaran manusia itu sendiri…maka capailah dahulu cinta kepada ALLA…TINGGALAH dahulu cinta seorang kekasih yang saling kasi mengasihi melainkan cinta kepada suami,abu,bapa, dan keluarga….CINTA ALLAH ITU YANG PERTAMA…jangan la risau tentang jodoh kerana telah dikatan…’HIDUP MATI,JODOH PERTEMUAN DITANGAN TUHAN”…

Fikirlah sejenak banyakkah amal kita ini sekarang?JANGAN ASYIK DENGAN LAUTAN DUNIA SAHAJA…diberi nikamat yang berganda didunia tapi tidak pernah mengucapkan syukur kepada YANG MAHA MENGURNIAKAN NIKMAT ITU….INGATLAH…hidup ini bukan lame kadang sekelip mata pun ALLAH boleh mencabut nyawa kita…jangan ditunggu lagi…bertabatlah wahai teman…berISTIGHFARLAH wahai insan…jangan berlengah lagi, angan menunggu lagi…jika dibaca talqin itu…kita tidak dapat mengulang kembali masa itu….yang ada hanyalah masa untuk hari PERHINTUNGAN…….

INGATLAH…..

NURIZA_MUSLIMAH

kembali lagi…

Julai 7, 2008 at 2:13 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

ASSALAMUALAIKUM…

Sudah lama tidakku menulis blog ni….

ALHAMDULILLAH..Kepada ALLAH yang Maha Berkuasa memberi ku ruang dan kesempatan untukku menulis…

Selawat Dan Salam Keatas Junjungan Muhammad S.A.W….

Banyakkanlah selawat dan solat-solat sunat wahai saudara seislamku…kerana kita tidak tahu bile masanya kite akan kembali Kepada ALLAH….Untuk menempuh dan menemui soalan-soalan yang akan diberikan oleh malaikat munkar dan nankir…

Banyakkanlah mengutip buah yang diberikan oleh ALLAH…kutiplah ia…pasti tidak akn merugikan kamu…. AMIN…

mawar berduri..

Mei 2, 2008 at 6:02 am | Dikirim dalam Uncategorized | 6 Komen

https://i2.wp.com/pic40.picturetrail.com/VOL370/10732548/19129227/313176641.jpg

WANITA :- AKAL SENIPIS RAMBUTNYA

Mei 2, 2008 at 5:55 am | Dikirim dalam Uncategorized | 1 Komen

https://i1.wp.com/pic40.picturetrail.com/VOL370/10732548/19129227/315628701.jpg

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. 
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. 
Masih mencari walau ada segalanya. 
Apa yang tiada dalam syurga? 
Namun adam tetap rindukan hawa. 
 
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. 
Untuk diluruskan oleh lelaki. 
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, 
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. 
 
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, 
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. 
Didiklah mereka dengan panduan darinya. 
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,
kerana nantinya mereka semakin liar. 
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan,
kerana nantinya mereka akan semakin derita. 
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.
Di situlah punca kekuatan dunia. 
 
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. 
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman... 
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. 
 
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya... 
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab... 
Bisikkan ke telinga mereka 
bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.. 
Ia bukan diskriminasi Allah...
sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah... 
 
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya... 
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan... 
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus... 
Bahkan akan semakin membengkok... 
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya... 
 
Bila wanita menjadi derhaka...
pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara.... 
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata... 
Tapi binalah kepimpinan... 
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi,
pimpinlah diri kepadanya... 
Jinakkan diri kepada allah... 
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu... 
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' 
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah 
bacalah...
 

 

SETERIKA API YANG MENYALA

Mei 2, 2008 at 5:34 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

https://i1.wp.com/pic40.picturetrail.com/VOL370/10732548/19129227/315628703.jpg

Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:” Kalau sesiapa yang mempunyai emas dan perak tetapi tidak mahu membayar zakat, maka pada hari kiamat nanti akan dibuatkan seterika untuknya, yakni seterika api yang dinyalakan dalam neraka Jahanam, lalu akan diseterika ke atas perut dan punggungnya, apabila seterika itu sejuk maka akan dipanaskan kembali dan diseterikakan semula keatasnya., begitulah akan diulang-ulangkan selama 50 tahun sehingga perkaranya diputuskan. Setelah itu barulah ia akan melihat jalan keluar, mungkin ke syurga atau ke neraka.”

Kemudian orang ramai telah bertanya kepada baginda:”Ya Rasulullah! Bagaimana dengan Unta?”  maka berkata baginda:” Tidak ada kecuali pemilik unta yang tidak membayar zakat untuknya.” Sambung baginda lagi:” Termasuk juga di dalamnya kewajipan memerahnya ketika ia dibawa ketempat minum.Maka pada hari kiamat nanti orang itu akan ditelentangkan di tempat yang rata supaya dipijak-pijak oleh unta-unta yang paling gemuk yang besar-besar, hinggakan anak-anak unta yang paling kecil sekali pon akan memijak-mijak dengan kukunya serta mengigit dengan giginya yang tajam.Setelah satu pergi kemudian datang pula yang satu lagi memijak-mijaknya , demikianlah hal itu berlaku setiap hari hingga perkaranya selesai diadili.Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa satu hari di akhirat sama dengan 50.000 tahun di dunia. Setelah itu barulah dia dapat melihat jalan keluar, mungkin ke syurga atau pun mungkin ke neraka.

 

KISAH PERTANYAAN MALAIKAT MUNKAR DAN NAKIR DI ALAM KUBUR

Mei 2, 2008 at 5:31 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

Rasulullah s.a.w. bersabda:”Apabila roh telah dikembalikan ke tubuhnya maka akan datang dua orang Malaikat yang berwibawa, mereka adalaah Munkar dan Nakir dan akan bertanya:”Siapakah Tuhanmu? hingga akhir”.Kemudian keduanya akan bertanya lagi:”Apakah yang kamu kata kepada lelaki ini yang mana ia diutus untuk kamu semua, yakni Muhammad”. Mayat akan berkata:”Muhammad adalah utusan Allah dan al-Quran adalah diturunkan kepadanya dan aku mengimaninya, maka akan kedengaran suara dari langit berbunyi”Memang benarlah hambaku itu, maka hendaklah kamu semua menghamparkan hamparan dari syurga dan pakailah pakaian-pakaian dari syurga untuknya serta bukakanlah pintu-pintu syurga untuknya.”

Maka terbukalah pintu-pintu syurga untuknya dan datanglah bau yang harum dari syurga dan kuburnya menjadi luas sepanjang mata memandang.

Setelah itu datang seorang lelaki yang sangat cantik rupanya dengan pakaian yang cantik dan berbau wangi, lalu ia berkata:”Bergembiralah kamu dengan apa yang menyenangkan kamu.”Apabila mayat melihat orang yang tidak dikenali itu lalu ia bertanya:”Siapakah kamu!, Allah s.w.t. mengasihi kamu, aku tidak pernah melihat secantik kamu didunia.”Berkatalah lelaki itu:”Aku adalah amal kamu yang salih.Rasulullah s.a.w. bersabda:”Kalau orang yang termasuk dalam golongan yang akan mendapat azab maka apabila telah sampai waktu ajalnya, maka malaikat akan turun dari langit dengan membawa pakaian azab dan mereka akan duduk jauh darinya, lalu datang malaikat maut duduk dekat kepalanya dan berkata:”Keluarlah kamu wahai nafsu yang jahat! dan keluarlah dengan kemurkaan Allah.”

Rasulullah s.a.w. bersabda:”Apabila berpisah roh dari badannya maka segala sesuatu yang di langit dan di bumi mengutuknya, semuanya akan mendengar kutukan tersebut melainkan manusia dan jin.”Kemudian malaikat akan membawa roh tersebut naik ke langit dunia, apabila mereka telah sampai kepada langit dunia, disebabkan roh tersebut roh jahat maka tutuplah pintu-pintu langit, lalu kedengaran suara yang berbunyi:” Pulangkanlah roh tersebut ketempat tidurnya.Lalu malaikat pun mengembalikannya kekuburnya, setelah itu datanglah munkar dan nakir dengan suara yang garang seperti guruh, matanya seperti kilat yang menyambar, lalu keduanya membakar bumi dengan kedua siongnya.

Kemudian keduanya duduk sambil bertanya:”Siapakah Tuhan kamu?.Jawab mayat:”Aku tak tahu”.Di waktu yang sama kedengaran suara dari kubur sebelah berkata:”WEahai Munkar Nakir pukul saja orang itu.”Maka Mukar dan nakir pun memukulnya dengan palu dari besi dan diterangkan andaikata kalau semua makhluk berkumpul sudah tentu tidak akan dapat mengelak dari pukulan tersebut, dengan pukulan tersebut maka menyalalah kuburnya dengan api dan kuburnya akan menjadi sempit hingga tersepit tulang-tulangnya.

Setelah itu datanglah seorang lelaki menghampirinya dengan rupa yang paling buruk dan hina, baunya cukup busuk dan berkata lelaki itu:”Allah s.w.t. telah membalas kejahatanmu, maka demi Allah tidaklah kamu melakukan suatu kebajikan, tapi kamu sentiasa lalai untuk taat dan sentiasa melakukan kemaksiatan kepada Allah s.w.t.”. Mayat bertanya:”Siapakah kamu?, Berkatalah lelaki itu:”Akulah amal perbuatanmu yang jahat.”Lalu dibukakan pintu nerakaa dan ia pun melihat tempat tinggalnya yang tetap hingga datangnya hari kiamat.

Ada diterangkan bahawa orang mukmin difitnah dalam kubur selama 7 hari dan orang kafir pula sampai 40 hari Rasulullah s.a.w. bersabda:”Sesiapa yang mati pada hari Jumaat Allah s.w.t. akan menyelamatkannya dari fitnah kubur.”

satu kiblat

Mei 2, 2008 at 5:24 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

https://i0.wp.com/pic40.picturetrail.com/VOL370/10732548/19129227/315629500.jpg

hati muslimah….

Mei 2, 2008 at 4:22 am | Dikirim dalam Uncategorized | Tinggalkan komen

Kadang-kadang luahan sayang, suka, rindu, dan ambik berat seorang lelaki itu bukanlah bermakna dia betul-betul menyayangi dan menyintai seorang perempuan….kadang-kadang mereka hanya ingin menguji perasaan seorang perempuan itu sahaja…..

Maka berhati-hatilah wahai muslimah…janganlah mudah tersentuh dan menafsir perasaan jatuh hati, sayang dan cinta kepada kata-kata manis lelaki itu….walaupun perempuan itu mempunyai sifat yang mudah tersentuh, dan lembut seperti sutera….tapi tidak salah seorang perempuan itu bertindak tegas sedikit dan menghalangi perasaan mudah sayang kepada seorang lelaki…jika ingin menyayanginya cukuplah untuk menyayanginya atas dasar satu persahabatan….

kadang-kadang…apabila perasaan sayang dan cinta itu telah tersemat….satu hari yang tidak di jangka….

Kerana cinta akan menyebabkan perempuan itu terluka…perasaan sayang jadi benci…badan yang sihat menjadi sakit…mata yang cantik menjadi bengkak…air yang disimpan, di buang begitu sahaja kerana lelaki…tidak rasakah…akan pembazirannya….

Oleh itu janganlah mudah menitiskan air mata kerana lelaki…..

Tetapi titiskanlah air matamu dengan menginsafkan diri kerana ALLAH….titiskanlah air matamu kerana banyaknya dosa….titislah air matamu kerana membazirkan masamu dengan perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepada kita…titislah air matamu kerana kita mudah mengikut dengan pujukan dunia yang melalaikan….titislah air matamu kerana susahnya kite untuk menitiskan air mata kerana ALLAH…

Air mata keinsafan kepada ALLAH itu lebih bermakna dari menitiskan air mata kerana lelaki yang kite tidak tahu adakah dia akan menitiskan air mata kerana kita…

Fikirkanlah sahabatku….

Cinta akan datang jika kite tidak mengejarnya…satu hari  tak akan berulang jika kite tidak manfaatkannya dengan mencari ilmu dan berbuat IBADAH kepada ALLAH…Manfaatkanlah hari-hari yang ada ini selagi umur masih muda, tulang masih kuat, hati masih suci….

Akhirnya akan bertemulah kita dengan cinta kita yang sebenar……INSYAALLAH…..

nuriza_muslimah

CINTA…

April 22, 2008 at 4:33 am | Dikirim dalam Uncategorized | 3 Komen

CINTA…..

BILA DI LAFAZ KATE CINTA KT SEORANG GADIS MEMANG MELAYANG GADIS ITU DENGAN CINTANYA DENGAN JEJAKA YANG DISAYANGINYA…

TAPI DIA TAK TAHU CINTA ITU BAKAL MEROSAKKAN HATINYA…

WAH..YANG SI JEJAKANYA PUULA…SELEPAS LAFAZ KATE2 CINTA…BERMACAM-MACAM JANJI MANIS YANG DITABUR…SI GADIS PULA MERASA DIRINYA BERHARGA SANGAT…MASA TU BAHAGIA TAK TERKIRA….

KALU SMSNYE, CALLNYA..PAGI PETANG SIANG MALM…MACAM DUNIA NI MEREKA YANG PUNYA…

BILE TIME GADUH LAK….AMBOI NANGIS PULAK SI GADIS NI KERANA LELAKI…KEMUDIAN SI LELAKI MEMUJUK…WAH LAGI LA SI GADIS NI RASE SERONOK…TERUBAT HATI….

MASE TU SI LELAKI KATE…”KAU LAH RACUN DAN KAULAH PENAWAR DAN KAULAH SATU-SATUNYA DI HATI..”….

KALU SI GADIS NI DENGAR RASE MACAM NAK JATUH….

LEPAS TU PULAK SI LELAKI NI…SELALU CAKAP CINTA BERLANDASKAN AGAMA…..MACAM MANA PULAK YEK????

SI GADIS NI LAGI LA SUKE COZ TEMAN LELAKINYA CAKAP PASAL AGAMA….

TAPI BILE DAH SEMAKIN HARI BERHUBUNG DAN MUNGKIN SI LELAKI NI NAK JADI LEBIH BAIK DARI DULU….SI LELAKI NI BANYAK BELAJAR PASAL AGAMA…MAKA DIA SEMAKIN TAKUT UNTUK MELAKUKAN PERKARA YANG DI TEGAH….

SEMAKIN HARI SI LELAKI NI SEMAKIN MENYEPI DARI SI GADIS NI…..MULA-MULA SI GADIS MEMAHAMI KEMUDIAN, TERLUKA, DAN KEMUDIAN.,…..

BILE DAH SEMAKIN HARI PENAT MENUNGGU SI GADIS BANYAK HANTAR MESEJ DAN CALL SI LELAKI NI…KENAPA YEK…OOO RINDU RUPANYA SI GADIS NI…..

TAPI SEMUA MESEJNYA TAK BERBALAS….LALU SI GADIS NI PUN MENANGIS….YANG SI RAKANNYA PULAK HANYA BOLEH CAKAP SABAR JE LA….

LASAT-LAST SI GADIS NI PASRAH DAN  DIE PUN MENYEPI…KONONNYA NAK BAGI RUANG KAT KEKASIH HATI UNTUK BERFIKIR….

HARI BERGANTI HARI, BULAN BERGANTI BULAN AKHIRNYA SI LELAKI NI PUN BERTANYA KEPADA SI GADIS NI…”KENAPA SENYAP????(Boleh pulak)

SI GADIS NI RASE MACAM BINGUNG DAN TERTANYA-TANYA…..SIAPA YANG SENYA AKU ATAU DIA????(molek arr)

TIBA-TIBA LAKI NI BAGI MESEJ TERAKHIR UNTUK KEKASIHNYA NI…YANG SI LELAKI NI NAK PUTUS DENGAN SI GADIS NI..DAN INGIN BERKAWAN SAHAJE……(mu-eot?)

APALAGI SI GADIS NI PUN SEDIH LA…MENANGIS TAK BERLAGU SEBAB LELAKI TU…..KAWANNYA PUN TAK TAHU NAK CAKAP APA DENGAN SI GADIS NI…COZ DARI DULU LAGI KAWANNYA CAKAP…

JANGAN PERCAYAKAN CINTA YANG SIA-SIA DAN YANG MENJANJIKAN JANJI YANG SEMENTARA….TAPI PERCAYALAH PADA CINTA ALLAH YANG KEKAL BUAT SELAMANYA…..”

CINTA YANG MEMBAWA BAHAGIA APABILA CINTA SELEPAS DIIKATKAN DENGAN SATU IKATAN PERNIKAHAN, YANG DIRESTUI ALLAH…..KALAU NAK DENGAR JANJI SEORANG LELAKI..DENGARLAH JANJI SEORANG SUAMI..ITU JANJI YANG BOLEH DI PEGANG…JANGAN CEPAT PEGANG JANJI YANG DIBERI OLEH LELAKI YANG HANYE IKATAN DIMULUT DAN HATI SAHAJA…TAPI PEGANG JANJI YANG IKATANNYA HALAL DISISI ALLAH…DAN INGAT LAH CINTA ALLAH ITULAH YANG UTAMA…DAN SEBENAR-BENAR CINTA ADALAH CINTA ALLAH….RASELAH DULU CINTA KEPADA ALLAH…BARULAH KITA AKAN RASA BAHAGIA YANG TAK TERKIRA…..”

APABILA MENDENGAR KATE-KATE SAHABATNYA ITU…SI GADIS NI BERFIKIR DAN BERDOA…..RASA INSAF DI HATI SI GADIS NI…WALAUPUN HATINYA TAK DAPAT MELUPAKAN BEKAS KEKASIHNYA ITU…TETAPI DIA BERDOA JIKA ALLAH MEMANJANGKAN JODOH DENGAN LELAKI ITU DIA BERSYUKUR TETAPI JIKA TIDAK DIJODOHKAN DENGAN LELAKI ITU DIA BERDOA SEMOGA BEKAS KEKASIHNY DI JODOHKAN DENGAN GADIS YANG LEBIH BAIK DARI DIRINYA…”

CINTA ITU TAK PERLU SANGAT DIKEJAR….TETAPI CINTA ALLAH KEJARLAH IA SELAGI KITA HIDUP…BANYAKLAH BERAMAL KEPADA ALLAH…KEMUDIAN KITA AKAN RASA BAHAGIANYA CINTA ALLAH…….

nukilan dri:nuriza(“,)

 

Kehilangan…

April 17, 2008 at 3:06 am | Dikirim dalam Uncategorized | 4 Komen

inginku luahkan rase sedih ini……

malam semalam satu berita yang mengejutkan dan menyedihkan ku dan sahabat-sahabat sekolah menengah agama tengku ampuan fatimah….

zawani sahabat yang ku sayangi telah kembali ke pangkuan ILLAHI…kami pasrah di atas ketentuan-NYA….dulu pabila di sekolah..aku, basirah, azan,zawani dan zulfa selalu bersama..kami ni pelajar luar…kalu di sekolah nak ke mane2 je selalu bersama..bilik guru, kantin,study, kelas mesti bersama…

dalam melangkah titian persahabatan bersama …kami menghadapi masalah bersama zulfa…berkejar-kejaran mencari zulfa..bersama-sama arwah kami membantu menolong zulfa tapi mungkin kami tak berdaya…akhirnya kami tak tahu di mana zulfa….

arwah memnag baik,lembut, comel dan macam lagi..ingt lagi..sambut hari lahir beliau gembira rasenya…apabila tamat sekolah..hanye arwah sahaje tidak bersama dengan kami melanjutkan pelajaran di kulliah..beliau menuntut ilmu di tempat lain…

tetapi walaupun kami berbeza tempat belajar kami tetap berhubung cuma tak dapat berjumpa….

akhirnya baru2 ni saya berhubung dengan beliau…beliau baru sahaja kehilangan bapanya… al-fatihah….tabah beliau menghadapinye….

tiba2 malam tadi kami dapat berita arwah dah tinggalkan kami bt selamanye…lemah badn kami….terutama sekali azan..yang rapat dengan beliau…arwah dah ku anggap seperti keluargaku…semua sahabtku..dah ku anggap seperti sebahagian dari kuargaku…

rupanye arwah dah lame menghidap leukimia…kenapa arwah tak beritahu kami…mungkin arwah tak kami risau akannya….sebelum arwah pergi dulu arwah dan aku berjanji nak berjumpa…tapi akhirnya….die pergi dulu tanpa sepatah kate untuk aku dan sahabt…

kini hanye tinggal kenangan dan gambar sahaje untuk kami kenang buat arwah..kenagan selamamnye…

aku rela jika menghapuskan perasaan setia pada seseorang..tapi ku tak rela menghilangkan kenagan bersama arwah yang pergi bt selamanya….kenangan bersama sahabt juga aku akan simpan….kerana cintaku terhadap sahabt adalah kerana ALLAH TAALA…..AL-FATIHAH BUAT SAHABTKU…ZAWANI….

luahanku:nuriza(“,)

Laman Berikutnya »

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.