CARE PEMAKANAN….

April 16, 2008 at 6:35 am | In Uncategorized | 1 Comment

Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya… kawan2 cubalaa….. ……… ……… ……… .
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie…. Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit.

Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran
darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam…

Sama2lah kita mengamalkannya. ……

WallahuA’lam

sebenarnya

April 16, 2008 at 6:17 am | In Uncategorized | Leave a Comment
SEBENARNYA,MANUSIA BERADA DI DALAM SUATU PUSINGAN RODA YANG DILALUI OLEH KEMISKINAN DAN KEKAYAAN,KELEMAHAN DAN KEKUATAN.OLEH ITU,JANGANLAH TERPESONA KERANA BERNASIB BAIK DAN JANGANLAH BERPUTUS ASA SEKIRANYA BERNASIB BURUK.(AHMAD SYALABI)

 

pada suatu malam…

April 16, 2008 at 6:14 am | In Uncategorized | Leave a Comment

pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di
makam Rasulullah SAW. selepas membaca lalu
hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi
didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada
hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal
dunia di zaman ini tiada seorang pun yang
matinya dalam keadaan beriman.

(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat
kebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu
menyedarkan kepada orang Islam ini supaya
membuat kebajikan,kerana hari
penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana
bintang akan terbit dari langit, sesudah itu
matahari akan turun di atas kepala.

PESANAN HAMBA INI
(a) berselawat – untuk junjungan Nabi kita
Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah – dengan segera sementara
Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat – jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji – bila
berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu
bapa.

kite semua sahabat…

April 14, 2008 at 4:47 am | In Uncategorized | 1 Comment

http://pic40.picturetrail.com/VOL370/10732548/19129227/313176640.jpg

nemo

April 14, 2008 at 4:35 am | In Uncategorized | Leave a Comment

http://pic40.picturetrail.com/VOL370/10732548/19129227/313176642.jpg

Islam itu indah

April 14, 2008 at 4:06 am | In Uncategorized | Leave a Comment

http://pic40.picturetrail.com/VOL370/10732548/19129227/313176638.jpg

Mudahnya menjadi muslim, namun… kita sendiri yang menyukarkannya. Jika kita berfikir sejenak, mudahnya menjadi muslim…namun. ..

# Anda perlukan cuma lima minit untuk solat subuh sedangkan anda boleh meluangkan masa sejam bersiap ke pejabat atau ke tempat belajar…

# Anda hanya perlu 2 saat untuk memberi salam kepada ibu bapa,guru² & rakan² sedangkan anda memerlukan 3 minit untuk memakai kasut…

# Anda hanya perlu 5 minit untuk memakai tudung atau jilbab sedangkan anda boleh meluangkan masa sehingga 20 minit untuk mendandan rambut…

# Anda hanya perlukan 15 minit untuk menunaikan solat Zohor sedangkan makan tengahari 1 jam 15 minit…

# Anda hanya perlukan 15 minit untuk solat Asar berjamaah tetapi anda luangkan masa bergayut di telefon selama 2 jam…

# Anda hanya perlu 15 minit untuk membaca Al-quran, tidak selama menonton tv,& cd…

# Solat maghrib 7 minit tetapi cerita cina 1 jam…

# Hanya 2 saat untuk mengucapkan salam dan kasih kepada ibu bapa, atau rakan-rakan sedangkan kadangkala perbalahan dengan mereka boleh melarat hingga 20 minit…

# Anda hanya perlukan 5 minit untuk menatap sepotong hadis RasuluLlah SAW walhal anda sanggup menatap majalah atau surat khabar selama 60 minit…

# Anda hanya perlu 20 minit untuk solat Isyak sedangkan anda perlukan 40 minit untuk bersiap tidur atau sanggup menonton wayang lewat malam…

# Sedangkan anda hanya perlukan 2 saat untuk kalimah syukur….

Renungkanlah. …

 

gadis..

April 7, 2008 at 5:48 am | In Uncategorized | Leave a Comment

Yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati …
telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya,
dalamnya ada air,
sehangat cinta,
sejernih suka,
sedalam duka,
ceritera hidupnya …

seorang gadis itu …

hatinya penuh manja,
penuh cinta, sayang semuanya,
cinta untuk diberi …
cinta untuk dirasa …

namun manjanya
bukan untuk semua,
bukan lemah,
atau kelemahan dunia …
ia bisa kuat,
bisa jadi tabah,
bisa ampuh menyokong,
pahlawan-pahlawan dunia …

begitu unik tercipta,
lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada
jasad yang gagah …

seorang gadis itu …

teman yang setia,
buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini …
dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap ni’matNya …

seorang gadis itu …

bisa seteguh Khadijah,
yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya,
teman lah-Rasul,
pengubat duka & laranya …

bijaksana ia,
menyimpan ílmu,
si teman bicara,
dialah Áishah,
penyeri taman Rasulullah,
dialah Hafsah,
penyimpan mashaf pertama kalamullah …

seorang gadis itu …

bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLah memuji …

seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah …
kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,
cahya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda …

bisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangan
tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syaheed menyahut panggilan Allah .

seorang gadis itu …

perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara …

dengan kenal Rabbnya,
dengan cinta Rasulnya …

dengan yakin Deennya,
dengan teguh áqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama,
Allah jua RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya,
agama, keluarga & ummahnya …

seorang gadis itu …

melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan,
keyakinan & penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan, menunjuk jalan …

seorang gadis itu …

yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman,
era hidup perlu berdikari …

dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah,
cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah,
dek keliru fikir jiwanya,
kerna dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya …

kerna seorang gadis itu,
yang hidup di zaman ini …

perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah,
dalam pertarungan yang lama …
dari rebah & salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
ni’mat hakiki seorang hamba,
dari Tuhan yang menciptakan,
dari Tuhan yang mengurniakan,
seorang gadis itu …
anugerah istimewa kepada dunia!

seorang gadis itu …
tinggallah di dunia,
sebagai ábidah,
dahípayah & mujahidah,
pejuang ummah …
anak ummi & ayah,
muslimah yang solehah …

kelak jadi ibu,
membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu,
taman budi & ma’rifatullah …

seorang gadis itu …
moga akan pulang,
dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan,
Tuhan yang menentukan …
seorang gadis itu dalam kebahagiaan!

Moga lah-Rahman melindungi,
merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu

Sekadar renungan…

dari suria hanafi..

ketawa dan senyum..dari..

April 7, 2008 at 5:44 am | In Uncategorized | Leave a Comment

Abu Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ishaq bin Manshur berkata:
Ketika Khidir akan berpisah dengan Nabi Musa a.s. maka berkata Nabi Musa
a.s.:
Berilah nasihat kepadaku.

Khidir berkata: Ya Musa, jangan banyak bicara dan jangan berjalan tanpa
kepentingan dan janganlah tertawa tanpa sesuatu yang mentertawakan dan
jangan menempelak orang yang salah dengan dosa kesalahannya dan menangislah
atas dosa-dosamu sendiri, hai putera Imran.

Jaafar bin Auf dari Mas’ud dari Auf bin Abdullah berkata:
Biasa Nabi Muhammad SAW tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak
menoleh kecuali dengan wajahnya. (Yakni tidak suka melerek).

Hadis ini menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa
bergelak-gelak itu makruh. Maka seharusnya orang yang sihat akal jangan
gelak-gelak tertawa sebab banyak yang bergelak di dunia bererti akanbanyak
menangis di akhirat. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Hendaklah kamu sedikit ketawa dan banyak menangis setelah menerima
pembalasan dari amal perbuatan mereka.

Al-Hasan Basri berkata:
Sungguh ajaib seseorang dapat tertawa pada hal di belakangnya ada Api
Neraka dan orang yang bersuka-suka sedang di belakangnya maut.

Al-Hasan Basri bertemu dengan pemuda yang sedang tertawa , lalu
ditanya:
Hai anak muda, apakah engkau sudah menyeberang Shirath?
Jawabnya: Belum.

Lalu kerana apa engkau tertawa sedemikian itu?

Maka sejak itu pemuda itu tidak tertawa lagi. Nasihat Hasan meresap
benar dalam hatinya sehingga ia bertaubat daripada tertawa bergelak-ge

relaksnye doraemon ni…

April 7, 2008 at 5:26 am | In Uncategorized | Leave a Comment

http://pic40.picturetrail.com/VOL370/10732548/19129227/312237080.jpg

kartun kegemaranku…hihihi..

April 7, 2008 at 5:24 am | In Uncategorized | Leave a Comment

http://pic40.picturetrail.com/VOL370/10732548/19129227/312237086.jpg

« Laman SebelumnyaLaman Berikutnya »

Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.