WANITA :- AKAL SENIPIS RAMBUTNYA
Mei 2, 2008 at 5:55 am | In Uncategorized | 1 Comment
Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia. Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman... Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya... Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab... Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.. Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah... Wanita yang lupa hakikat kejadiannya... Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan... Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus... Bahkan akan semakin membengkok... Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya... Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara.... Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata... Tapi binalah kepimpinan... Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya... Jinakkan diri kepada allah... Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu... Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah bacalah...
SETERIKA API YANG MENYALA
Mei 2, 2008 at 5:34 am | In Uncategorized | Leave a Comment
Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:” Kalau sesiapa yang mempunyai emas dan perak tetapi tidak mahu membayar zakat, maka pada hari kiamat nanti akan dibuatkan seterika untuknya, yakni seterika api yang dinyalakan dalam neraka Jahanam, lalu akan diseterika ke atas perut dan punggungnya, apabila seterika itu sejuk maka akan dipanaskan kembali dan diseterikakan semula keatasnya., begitulah akan diulang-ulangkan selama 50 tahun sehingga perkaranya diputuskan. Setelah itu barulah ia akan melihat jalan keluar, mungkin ke syurga atau ke neraka.”
Kemudian orang ramai telah bertanya kepada baginda:”Ya Rasulullah! Bagaimana dengan Unta?” maka berkata baginda:” Tidak ada kecuali pemilik unta yang tidak membayar zakat untuknya.” Sambung baginda lagi:” Termasuk juga di dalamnya kewajipan memerahnya ketika ia dibawa ketempat minum.Maka pada hari kiamat nanti orang itu akan ditelentangkan di tempat yang rata supaya dipijak-pijak oleh unta-unta yang paling gemuk yang besar-besar, hinggakan anak-anak unta yang paling kecil sekali pon akan memijak-mijak dengan kukunya serta mengigit dengan giginya yang tajam.Setelah satu pergi kemudian datang pula yang satu lagi memijak-mijaknya , demikianlah hal itu berlaku setiap hari hingga perkaranya selesai diadili.Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa satu hari di akhirat sama dengan 50.000 tahun di dunia. Setelah itu barulah dia dapat melihat jalan keluar, mungkin ke syurga atau pun mungkin ke neraka.
KISAH PERTANYAAN MALAIKAT MUNKAR DAN NAKIR DI ALAM KUBUR
Mei 2, 2008 at 5:31 am | In Uncategorized | Leave a CommentRasulullah s.a.w. bersabda:”Apabila roh telah dikembalikan ke tubuhnya maka akan datang dua orang Malaikat yang berwibawa, mereka adalaah Munkar dan Nakir dan akan bertanya:”Siapakah Tuhanmu? hingga akhir”.Kemudian keduanya akan bertanya lagi:”Apakah yang kamu kata kepada lelaki ini yang mana ia diutus untuk kamu semua, yakni Muhammad”. Mayat akan berkata:”Muhammad adalah utusan Allah dan al-Quran adalah diturunkan kepadanya dan aku mengimaninya, maka akan kedengaran suara dari langit berbunyi”Memang benarlah hambaku itu, maka hendaklah kamu semua menghamparkan hamparan dari syurga dan pakailah pakaian-pakaian dari syurga untuknya serta bukakanlah pintu-pintu syurga untuknya.”
Maka terbukalah pintu-pintu syurga untuknya dan datanglah bau yang harum dari syurga dan kuburnya menjadi luas sepanjang mata memandang.
Setelah itu datang seorang lelaki yang sangat cantik rupanya dengan pakaian yang cantik dan berbau wangi, lalu ia berkata:”Bergembiralah kamu dengan apa yang menyenangkan kamu.”Apabila mayat melihat orang yang tidak dikenali itu lalu ia bertanya:”Siapakah kamu!, Allah s.w.t. mengasihi kamu, aku tidak pernah melihat secantik kamu didunia.”Berkatalah lelaki itu:”Aku adalah amal kamu yang salih.Rasulullah s.a.w. bersabda:”Kalau orang yang termasuk dalam golongan yang akan mendapat azab maka apabila telah sampai waktu ajalnya, maka malaikat akan turun dari langit dengan membawa pakaian azab dan mereka akan duduk jauh darinya, lalu datang malaikat maut duduk dekat kepalanya dan berkata:”Keluarlah kamu wahai nafsu yang jahat! dan keluarlah dengan kemurkaan Allah.”
Rasulullah s.a.w. bersabda:”Apabila berpisah roh dari badannya maka segala sesuatu yang di langit dan di bumi mengutuknya, semuanya akan mendengar kutukan tersebut melainkan manusia dan jin.”Kemudian malaikat akan membawa roh tersebut naik ke langit dunia, apabila mereka telah sampai kepada langit dunia, disebabkan roh tersebut roh jahat maka tutuplah pintu-pintu langit, lalu kedengaran suara yang berbunyi:” Pulangkanlah roh tersebut ketempat tidurnya.Lalu malaikat pun mengembalikannya kekuburnya, setelah itu datanglah munkar dan nakir dengan suara yang garang seperti guruh, matanya seperti kilat yang menyambar, lalu keduanya membakar bumi dengan kedua siongnya.
Kemudian keduanya duduk sambil bertanya:”Siapakah Tuhan kamu?.Jawab mayat:”Aku tak tahu”.Di waktu yang sama kedengaran suara dari kubur sebelah berkata:”WEahai Munkar Nakir pukul saja orang itu.”Maka Mukar dan nakir pun memukulnya dengan palu dari besi dan diterangkan andaikata kalau semua makhluk berkumpul sudah tentu tidak akan dapat mengelak dari pukulan tersebut, dengan pukulan tersebut maka menyalalah kuburnya dengan api dan kuburnya akan menjadi sempit hingga tersepit tulang-tulangnya.
Setelah itu datanglah seorang lelaki menghampirinya dengan rupa yang paling buruk dan hina, baunya cukup busuk dan berkata lelaki itu:”Allah s.w.t. telah membalas kejahatanmu, maka demi Allah tidaklah kamu melakukan suatu kebajikan, tapi kamu sentiasa lalai untuk taat dan sentiasa melakukan kemaksiatan kepada Allah s.w.t.”. Mayat bertanya:”Siapakah kamu?, Berkatalah lelaki itu:”Akulah amal perbuatanmu yang jahat.”Lalu dibukakan pintu nerakaa dan ia pun melihat tempat tinggalnya yang tetap hingga datangnya hari kiamat.
Ada diterangkan bahawa orang mukmin difitnah dalam kubur selama 7 hari dan orang kafir pula sampai 40 hari Rasulullah s.a.w. bersabda:”Sesiapa yang mati pada hari Jumaat Allah s.w.t. akan menyelamatkannya dari fitnah kubur.”
hati muslimah….
Mei 2, 2008 at 4:22 am | In Uncategorized | Leave a CommentKadang-kadang luahan sayang, suka, rindu, dan ambik berat seorang lelaki itu bukanlah bermakna dia betul-betul menyayangi dan menyintai seorang perempuan….kadang-kadang mereka hanya ingin menguji perasaan seorang perempuan itu sahaja…..
Maka berhati-hatilah wahai muslimah…janganlah mudah tersentuh dan menafsir perasaan jatuh hati, sayang dan cinta kepada kata-kata manis lelaki itu….walaupun perempuan itu mempunyai sifat yang mudah tersentuh, dan lembut seperti sutera….tapi tidak salah seorang perempuan itu bertindak tegas sedikit dan menghalangi perasaan mudah sayang kepada seorang lelaki…jika ingin menyayanginya cukuplah untuk menyayanginya atas dasar satu persahabatan….
kadang-kadang…apabila perasaan sayang dan cinta itu telah tersemat….satu hari yang tidak di jangka….
Kerana cinta akan menyebabkan perempuan itu terluka…perasaan sayang jadi benci…badan yang sihat menjadi sakit…mata yang cantik menjadi bengkak…air yang disimpan, di buang begitu sahaja kerana lelaki…tidak rasakah…akan pembazirannya….
Oleh itu janganlah mudah menitiskan air mata kerana lelaki…..
Tetapi titiskanlah air matamu dengan menginsafkan diri kerana ALLAH….titiskanlah air matamu kerana banyaknya dosa….titislah air matamu kerana membazirkan masamu dengan perkara yang tidak mendatangkan manfaat kepada kita…titislah air matamu kerana kita mudah mengikut dengan pujukan dunia yang melalaikan….titislah air matamu kerana susahnya kite untuk menitiskan air mata kerana ALLAH…
Air mata keinsafan kepada ALLAH itu lebih bermakna dari menitiskan air mata kerana lelaki yang kite tidak tahu adakah dia akan menitiskan air mata kerana kita…
Fikirkanlah sahabatku….
Cinta akan datang jika kite tidak mengejarnya…satu hari tak akan berulang jika kite tidak manfaatkannya dengan mencari ilmu dan berbuat IBADAH kepada ALLAH…Manfaatkanlah hari-hari yang ada ini selagi umur masih muda, tulang masih kuat, hati masih suci….
Akhirnya akan bertemulah kita dengan cinta kita yang sebenar……INSYAALLAH…..
nuriza_muslimah
Blog di WordPress.com. | Theme: Pool by Borja Fernandez.
Entries and comments feeds.

